Jumat, 17 April 2020

Aku Siapa?


 
Bakar terjaga dari tidur. Kepalanya dirasakan sakit lagi. Dilihatnya suasana sekelilingnya terlalu asing bagi dirinya. Mengapa? Sejak bila? Bagaimana? Semua persoalan tersebut bermain2 di kotak kecil pemikirannya. Namun tiada siapa di situ yang sudi menjawab segala persoalannya. Dia sendiri tanpa pelawat.. Katil di sekelilingnya kosong tiada penghuni. Agak suram suasana malam tersebut, langit malam yang sememangnya gelap.. bertambah gelap tatkala rembulan diliputi awan sepenuhnya menandakan hujan bakal turun. Lampu di dinding hanya cukup menerangi katilnya semata2.. manakala suasana di sekelilingnya hanya dimamah sedikit cahaya darinya. Bakar agak sedikit janggal, kenapa sejak dia terjaga petang tadi.. tiada siapa datang melawatnya di situ? Ibu bapa, keluarga mahupun kawan kawannya? Lagi menghairankannya, doktor dan jururawat pun tak pernah singgah melihat keadaannya. Bakar berkerut, sedikit terkejut tatkala terdengar bunyi guruh berdentum di luar tingkap di sisinya.

**********

Bakar terjaga, dilihatnya jam di dinding menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dia melangkah longlai ke tandas. Kepala paip dipulasnya, kedengaran bunyi air memecah kesunyian. Bakar melangkah menuju kembali ke katilnya. Tiba2 matanya tertumpu pada pintu masuk bilik, ada seseorang sedang berdiri di situ. Siapa pula yang datang tengah2 malam macamni? Pakgad atau jururawat? Bakar terus merenung susuk tubuh tersebut. Cahaya dari katilnya belum cukup terang untuknya melihat siapakah yang berada di situ.

‘Siapa tu? Jururawat ke?’, Bakar memberanikan diri untuk menyapa namun tiada kata balas yang diterimanya. Bulu romanya mula meremang. Berbagai2 andaian mula menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya. Tiba2 Bakar terdengar suara dari susuk tubuh tersebut menangis halus. Susuk tersebut bergerak mengheret lantai. Srr.. srr.. bunyinya menyebabkan Bakar semakin tak keruan. Butang panggilan jururawat dipicitnya dari tadi tapi tiada siapa yang muncul. Peluh dingin membasahi Bakar, selebat hujan yang turun ketika itu. Bakar terut mengamati. Susuk tubuh itu turut merapati.. semakin dekat, semakin jelas terpampang wajah sebenarnya. Daripada apa yang dilihatnya, susuk itu milik seorang wanita berbangsa India dengan leher terjerut dan lidah terjelir ke paras dada memandangnya dengan mata yang buntang kemerahan. Tangannya memegang tali yang terjerut pada lehernya cuba meronta2 lemah sambil terus bergerak ke arah Bakar dengan hujung kakinya yang terseret2 pada lantai. Terketar2 lutut Bakar tak terucap apa2. Rasa mahu menangis, meraung semuanya bercampur baur. Tanpa banyak bicara Bakar berlari ke ruangan balkoni, sempat dia menoleh.. susuk tubuh tersebut masih memaku pandangan ke arahnya. Bakar terjerit2 meminta tolong. Dia tak tahu di mana dia berada, apa yang berlaku pada dirinya.. tapi kejadian yang berlaku padanya sebentar tadi benar2 meruntun jiwa kelakiannya. Bakar berlari2 hingga tiba di pintulif. Lantas punat turun ke bawah ditekannya untuk ke lobi.

Dalam pada masa dia menunggu, dari sisi kanannya Bakar terlihat satu bungkusan kecil setinggi paras lutut tersandar di trolley jenazah. Tangan Bakar terus terusan memicit butang lif kerana dia menjangkakan sesuatu pasti akan berlaku seterusnya. Benar telahannya bila mana dia melihat bungkusan kecil itu rebah ke lantai dan berguling guling menuju ke arahnya. Dari samar cahaya lampu dalam lif jelas kelihatan raut wajah bayi yang memucat di sebalik bungkusan tersebut. Terdengar rengekan kecil datang darinya. Bakar menjerit ketakutan, tatkala itu lif terbuka dan dengan pantas Bakar menekan butang ke lobi. Bakar tersandar sendirian. Selama 25 tahun ini perkara2 tersebut belum pernah terjadi pada dirinya dan dia tak menyangka yang dia mengalaminya sendiri pada malam itu.

Hujan masih lebat di luar.. tapi dia nekad dia hendak pulang ke rumah. Sempat dia menoleh, rupa2nya dia dimasukkan ke dalam hospital Besar Kuala Lumpur.. akibat? Dia sendiri masih cuba untuk memikirkannya. Sesampainya dia di rumah, kelihatan masih ramai orang mengerumuni rumahnya. Hatinya mulai rasa gelisah. Setelah satu.. satu perkara dialaminya malam itu, dia rasa tak sedap hati bila terlihat kenderaan jenazah di perkarangan rumahnya. Ibu? Abah? Siapa sahaja terus menerobos akal buntunya. Tatkala dia menerjah masuk, dilihatnya ibunya ada di sisi jenazah termasuk abahnya. Adik beradiknya juga hatta saudara maranya turut ada. Jadi siapa pula yang dikafannya mereka?

Bakar terjelopok duduk. Jenazah yang baru dilihatnya itu bukan orang lain.. tapi dirinya sendiri. Baru dia teringat yang dia telah mengalami kecelakaan jalan raya sewaktu pulang dari pejabat petang itu. Bakar menangis teresak2.. namun tiada siapa yang pernah tau dia menangis sewaktu dirinya dikafankan di situ.

 
**********

‘Morning Yana’, Ain menegur. Yana sedikit terkejut. Badannya panas.

‘Ko demam ke Yana?’, Ain menyentuh dahi Yana

‘Ain, aku nak amik mc la hari ni. Aku nak rehat. Cukuplah apa yang aku lalui semalam’, getus Yana meninggalkan Ain dalam keadaan terpinga2.

Yana melangkah longlai untuk pulang. Pengalaman yang baru dilaluinya malam semalam benar2 menguji tahap keberaniannya sebagai jururawat yang baru bertugas tak sampai seminggu. Dia terdengar suara orang melolong2 meminta tolong, melihat lampu katil yang tiada penghuni terbuka, kedengaran bunyi pili air dibuka dan ditutup dan loceng pesakit berbunyi padahal dalam senarai, katil itu sudah dikosongkon setelah jenazah salah seorang mangsa kemalangan dihantar pulang malam tersebut.

Ain redha, andai ini tugas dan amanah yang perlu dipikulnya.. dia akan tabah hadapinya sepanjang hidup. Biarlah apa yang berlaku ke atas dirinya menjadi rahsia dan Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku ke atas setiap makhluk2 Nya.